Selasa, 7 April 2009

Fakta Menarik 2

  1. Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
  2. Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
  3. Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
  4. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
  5. Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam. Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv.
  6. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
  7. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
  8. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  9. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  10. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
  11. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
  12. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.
  13. Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.
  14. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  15. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
  16. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
  17. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
  18. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
  19. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
  20. Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
  21. Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel. Seoul adalah ibu negeri Korea.
  22. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.
  23. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
  24. Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.
  25. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Fakta Menarik 1

  1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
  3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak
  4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  6. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km 10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  8. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  9. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
  10. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  11. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
  12. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  13. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.
  14. Hidung dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  16. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  17. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  18. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  19. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  20. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
  21. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
  22. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  23. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
  24. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
  25. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
  26. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
  27. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
  28. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  29. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  30. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  31. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  32. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  33. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
  34. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Rabu, 1 April 2009

Petua Orang Tua-Tua

Sakit bahagian buah pinggang

  • Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
  • Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

Sakit siplis

  • Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
    Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang

  • Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi

  • Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia. Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis

  • Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
  • Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

Demam kuning

  • Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning

  • Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah.

  • Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segerab.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam.

  • Beri pesakit minum air yang banyakb.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air. Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal
    Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnyaa.
  • Beri minum air zam-zam dan lap badannyab. Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:
    “Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”
    Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala

  • Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang

Sumber - Koleksi terbaik nazacomp@gmail.com
~

Ikan Tetap Segar


Basuh ikan yang hendak disimpan kedalam peti ais tanpa disiang, ia dapat mengekalkan kesegaran berbanding ikan yang telah disiang. Selain itu juga dapat mengekalkan rasa ikan tersebut. Jangan rendam kesemua ikan yang masih beku, sekadar biarkan ais cair dan rendam beberapa ekor yang hendak dimasak sahaja, simpan semula ikan yang tak digunakan.

Puting Botol Susu


Gunakan sabun mandi semasa membasuh puting botol susu untuk melambatkan ia berdaki dan rendamkan puting susu yang telah berdaki bersama bikabonat untuk memudahkan hilangkan daki

Rahsia Pandan


Melembutkan daging

Melembutkan daging Masukkan akar pokok pandan kedalam rebusan daging untuk mempercepatkannya lembut. Ia dapat melembutkan daging dan mengelak bau hanyir daging

Pau Lebih Enak
Gunakan air rebusan daun pandan dapat membuat pau lebih enak, dan masukkan beberapa helai daun pandan ke dalam air yang digunakan untuk mengukus untuk menambah bau pau lebih enak.

Rahsia Petua

  1. Taburkan garam di atas cabinet dapur anda dapat membantu dari di datangi semut.
    Menyapukan vinegar yang sejuk dengan segera ke atas kulit yang melecur dapat membantu melegakan kesakitan degan cepat, ianya juga dapat mengelakan dari melepuh atau menggelembung.
  2. Membersihkan tompokan minyak dan grease dengan mencampurkan sedikit baking soda ke dalam air basuhan.
  3. Sabukan garam sedikit pada griddle, membantu agar pancake tidak akan melekat. Campurkan 1 sudu makan vinegar pada buah-buahan yang sedang kita masak dapat membantu menambah rasa yang lebih sedap.
  4. Campurkan baking soda ke dalam air lalu rendamkan kuali yang hagus ketika memasak Rendamkan kuali dalam 10 minutes. Ini dapat membantu memudahkan pembersihan.
  5. Tambahkan sedikit garam ke dalam Vas yang berisi air lalu letakkan bunga-bunga hidup yang ingin kita hias di dalam rumah. Bunga akan tahan lama. Tidak perlu meletak panadol lagi, kerana harganya mahal.
  6. Sekiranya anda memasak menggunakan kaedah "double boiler" tambahkan sedikit garam ke dalam airnya. Ini membantu mempercepatkan makanan yang dimasak.
  7. Apabila anda membeli periuk baru, masakan air di dalam kuali itu hingga mengelegak lalu campurkan sedikit vinegar, biar seketika lalu buang airnya. Ini dapat mengelakkan kuali dari melekat sewaktu memasak
  8. Mencairkan ikan frozen dengan cara merendamkanya di dalam susu. Ini dapat membantu menghilangkan rasa frozen dan ianya akan memberikan rasa yang segar dan sedap
    Bungkuskan celery dengan aluminium foil apabila menyimpanya di dalam refrigerator. Ini membantu celery tahan lebih lama.
  9. Campurkan garam dengan sedikit air lalu gosok-gosokkan pada tangan anda kemudian dibilas denga air suam dan sapun. Ini boleh menghilangkan bau bawang
  10. Hirisan kentang mentah boleh membuang kekotoran pada jari, dengan cara gosokannya pada jari yang kotor kemudian bilas dengan air.
  11. Daun Salad dapat membantu membuang lemak berlebihan pada soup dan stew. Caranya masukan beberapa helai daun salad ke dalam periuk kemudian biarkan seketika dimana lemak akan melekat pada daun salad.
  12. Rendamkan tomato terlalu tua dan lembik ke dalam air sejuk dan biarkan semalaman. Insya allah keesokan harinya anda boleh lihat tomato yang segar dan tegang apabila disentuh." Daun Salad juga sama tetapi salad tidak perlu direndam semalaman (5-15 minit sahaja)
  13. Rendamkan gubahan dari cili, bawang, timun dan tomato di dalam air yang dicampur dengan ais. Nanti gubahan akan kembang dengan cantik. Tidak perlu menggunakan air kapur lagi.
  14. Sapukan tangan anda dengan minyak makan sebelum memulakan memotong cili.Ini membantu dari tagan anda terasa pijar cili.
  15. Benamkan tangan anda ke dalam beras dalam 5 minutes sekiranya anda terasa pijar cili.
    Tambahkan sedikit garam ke dalam minyak yang hendak menggoreng ikan. Ini membantu mengelakkan ikan dari melekat.

~

Khamis, 26 Mac 2009

Rahsia Petua

Kacang cepat empuk
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menghilangkan bau hangit
Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.


Cili giling terlalu pedas

Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut. Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili tersebut akan kelihatan lebih cantik.

Hindari Kumbang
Beras Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hilangkan lendir ikan air tawar
Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih. Selamat mencuba!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mudah mengopek kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tauhu tahan lama
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lauk Terlebih Masin
Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, masukkan beberapa potong kentang kedalam masakkan. potongan kentang ini mempu menyerap rasa masin tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan.