Khamis, 26 Mac 2009

Rahsia Petua

Kacang cepat empuk
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menghilangkan bau hangit
Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.


Cili giling terlalu pedas

Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut. Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili tersebut akan kelihatan lebih cantik.

Hindari Kumbang
Beras Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hilangkan lendir ikan air tawar
Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih. Selamat mencuba!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mudah mengopek kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tauhu tahan lama
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lauk Terlebih Masin
Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, masukkan beberapa potong kentang kedalam masakkan. potongan kentang ini mempu menyerap rasa masin tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan.